Blogger Widgets

Tuesday 1 October 2013

TerUs MeLaNgKaH



Kita terus melangkah dan terus membina arus kehidupan,


meskipun payah tetap ku tempuhi jua,

walau pun jauh tetap ku gapai,

meskipun dalam tetapku renangi juaaaa...

kejayaan...

itu la impian yang bisa jadi kenyataan.....

Monday 30 September 2013

My PeNdAfTaRan KeLaHiRaN....^^

nAmA : NaDhIraH BiNti AwaNg

TaRikH LaHir : 16 FeBrUaRi 1995

TeMpAt LahIr : HoSpItAl KuaLa PilAh

WaKtU LaHiR : WaKtU SuBuH pUkUL 6.12 PaGi.

Dr YaNg MeNyaMbuT : Dr YaNg BeRtUgAs WaKtU BeRKenAaN

HoBi : BeRaNgAn, MaIn, MoViE, ReAdInG.

MoTo HiDup :


HiDup MesTi BaHaGiAaaaa.....(^0^)/


Sunday 29 September 2013

REFLEKSI.

Saya berasa amat gembira semasa mendapat tugasan membuat blog ini. Meskipun saya tidaklah berapa arif dalam bidang ini namun saya tetap mencuba yang terbaik. saya berasa amat gembira kerana saya dapat mempelajari cara-cara menghasilkan blog yang cantik dan menarik. Meskipun pada awalnya agak sukar bagi saya namun saya dapat mempelajari cara-cara membuat blog dengan pantas. Hal ini disebabkan saya sangat gemar bidang IT. Kadangkala saya amat cemburu dengan mereka yang dapat menggunakan atau mencipta perkara secanggih itu. Pada saya tiada yang lebih hebat lagi selain daripada bidang IT dan teknologi.

Sepanjang mempelajari subjek Kemahiran Belajar ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu tentang bagaimana untuk mengajar dan belajar dengan baik. Setiap daripada ilmu yang saya peroleh telah saya cuba untuk fahami dan praktiskan. Saya merasakan bahawa seseorang itu tidak boleh belajar dengan baik sekiranya mereka tiada kemahiran dan cara yang betul. Itu sahaja daipada saya. Sekian. ^^

Jom MeNgInGaT!!!!! ^^












kemAhiRan MemBuaT NotA...

Ni semua just share ilmu dari orang yang lebih berpengalaman...


Oleh : Norhisham Hj. Omar

Dalam proses kemahiran belajar yang berkesan kepada pelajar, membuat nota merupakan komponen yang dianggap remeh. Kajian secara rambang di sekolah harian, 65 % pelajar tidak membuat nota sewaktu mengulangkaji pelajaran. Ada di antara pelajar yang membuat nota tetapi tidak menyimpan atau mengumpulnya secara sistematik. Peranan nota kepada daya ingatan manusia merupakan elemen yang tidak perlu disangkal lagi. Ingatan manusia akan lupa 80% dalam masa 24 jam selepas menerima maklumat baru atau lama. Justeru itu, kalau kita lihat sistem pembelajaran di sekolah, guru-guru akan mengarahkan pelajar untuk menyalin nota yang disediakannya dengan harapan agar pelajar boleh membuat ulangkaji di rumah dan menjadi bahan bacaan penting apabila berhadapan dengan musim peperiksaan. Namun penyimpanan dan pengumpulan nota menjadi perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia mampu menjadi motivasi kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Mengikut Tony Buzan, kombinasi penggunaan otak kanan dan kiri akan menguatkan lagi daya ingatan manusia. Pelajar sering menggunakan otak kiri untuk menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat. Oleh itu, kaedah menghafal yang hanya melibatkan penggunaan otak kiri mempunyai tempoh ingatan yang kurang efektif. Apabila pelajar ingin membuat nota sewaktu mengulangkaji pelajaran, aspek kombinasi otak kiri dan kanan perlu diambil kira agar ingatan menjadi mudah dan seronok. Berikut adalah beberapa tip untuk menyediakan nota pelajaran.

Bahan nota mestilah boleh dikumpul dan disimpan
Kebiasaan pelajar akan menggunakan kertas kajang, ‘examination pad’, kad manila yang dipotong pendek (nota ringkas) ataupun buku untuk membuat nota. Kelemahan sewaktu menyediakan nota ialah bahan-bahan ini tidak dikumpul dengan sistematik menyebabkan usaha membuat nota menjadi sia-sia. Kadang-kadang pelajar bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila rajin pada suatu masa (terutamanya selepas menghadiri kem motivasi) dan akhirnya kembali malas semula. Pada peringkat awal ini, nota dibuat dengan cantik dan kemas namun selepas itu, tidak tahu di mana diletakkan nota tersebut. Oleh itu, kumpullah nota dan gunakan dengan sebaik mungkin.

Gunakan pen yang berbagai warna
Apabila membaca, manusia akan tertarik dengan bahan-bahan yang berwarna-warni. Oleh itu, sebaik-baiknya pelajar menggunakan paling minimum 2 warna apabila membuat nota. Mencatat nota biasa menggunakan warna biru misalnya dan menulis dengan pen hitam untuk fakta-fakta atau perkataan-perkataan penting. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan ‘highlight’ yang berwarna untuk memberi penekanan kepada fakta penting. Kadangkala penggunaan pensil juga perlu terutamanya apabila menggunakan kaedah gambar dalam menulis nota.

Tulisan kemas dan cantik
Pelajar perlu ingat, nota yang dibuat adalah untuk dibaca sebagai bahan ulangkaji. Sekiranya nota ditulis dengan tulisan yang tidak cantik,motivasi kendiri pelajar akan menjadi lemah kerana tidak berminat untuk menatap dan membaca nota yang telah dibuat sendiri. Buatlah nota dengan kemas supaya ia seronok untuk dibaca sepanjang masa.

Nota mestilah pendek dan ringkas
Apabila kita menulis nota, hanya fakta-fakta yang dianggap penting sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam nota tersebut. Fakta-fakta itu pula perlu diolah ayatnya agar menjadi pendek dan ringkas. Sekiranya nota menjadi panjang, pelajar akan mula menjadi malas untuk membacanya.
1

Format Yang Sistematik
Bagi menarik minat untuk mengulangkaji pelajaran, nota yang disediakan seelok-eloknya menggunakan format yang sistematik dan menarik. Contohnya seperti berikut
Tajuk nota
Ruangan untuk daya ingatan (lihat pada bab daya ingatan)
Ruangan untuk nota
2

Peta Minda
Bagi pelajar yang gaya pembelajaran jenis visual, adalah lebih baik menggunakan cara peta minda untuk membuat nota.
3
Bagi memahami kemahiran mencatat nota ini, ikuti bengkel mencatat nota oleh Unit Kaunseling. Selamat Berjaya.
4

Kemahiran Memproses Maklumat Dan Penyediaan Bahan Bertulis

HAA...NI LAH YANG KITORANG WAT UNTUK SUBJEK KEMAHIRAN BELAJAR..





















Tuesday 10 September 2013

BeLaJaRlah aDikKu...

waaaa..... stresnya belajarrrr....
Itulah yang kita sering rasa....
Normal bagi seorang pelajar...


Jangan begitu wahai adik adikku...
belajarlah untuk masa depanmu...
pasti ibu bapamu akan gembira...

janganlah kau leka...
lalai dan lupaa...
sungguh payah ibubapamu menyaramu....
adakah kegagalan yang kau ingin balaskan?\

mampukah kau fahami perasaan mereka...
yang saban hari memikirkan nasibmu disini...
teruskan usahamu...
janganlah kau terus leka dan leka...
hadapilah dugaan belajar itu dengan tabah...

nescaya kau yang pasti akan bahagia.... 






TiPs MenEnaNGkan HaTi SeMaSa BelaJaR..

Setiap individu yang masih belajar pasti akan merasakan perasaan SERABUT itu... oleh hal yang demikian , Cek Na nak kongsi ngan semua orang tentang tips untuk menenagkan diri semasa belajar....

1 ) duduk dengan posisi yang selesa

2) pastikan anda sentiasa meletakkan air di sebelah anda. sila minum apabila rasa sudah tidak selesa.

3) mulakan dengan Bismillah dan pastikan anda cukup tenang. tenagkan juga diri walaupun agak serabut

4) cuba fokus pada apa yang dibuat. macam Cek Na , Cek Na selalunya akan mendengar muzik sambil  
     membuat kerja dahulu. kemudian Cek Na akan menyanyi bersama dahulu. akhir sekali  barulah Cek Na
     dapat fokus secara perlahan-lahan. Cubalah ya....



Monday 9 September 2013

Hyeeeee.....

Selamat berkenalan semua... mari kita blajau yuk...